Mohamed Naim Daipi

By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-27
National Library Board Singapore

Mohamed Naim Daipi atau name penanya; Nizqin, Muhammad Nazali dan Hasnady Abdullah, dilahirkan di Singapura pada 27 Jun 1950. Beliau merupakan lepasan sekolah menengah dan Maktab Perguruan Singapura di Paterson Road, Singapura. Beliau pernah mengajar di Institut Pendidikan Nasional dan menjawat jawatan penulis di Institut Perkembangan Kurikulum (MOE). Kini beliau adalah guru pakar di sebuah sekolah rendah. Beliau mula menulis pada tahun 1975 dalam bidang cerpen, puisi dan esei sastera.

Beliau sangat aktif dalam dunia persuratan Singapura. Beliau pernah bergerak aktif sebagai Setiausaha bagi Anugerah Persuratan dan Sambutan Bulan Bahasa. Beliau merupakan anggota Majlis Bahasa Melayu Singapura dan pernah menjadi Setiausaha 1 Asas 50 dan anggota Majlis Pusat.

Karya
Tumpas. (1977). Singapura: Solo Enterprise.
Tiga warna bertemu: Antologi puisi penulis-penulis Singapura. (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dinamika budaya. (1991). Singapura: Majlis Pusat.
Pesan (antologi bersama). (1993). Singapura: Majlis Bahasa Melayu, Singapura.

Pencapaian/Anugerah
1979
: Hadiah sastera (Penghargaan) JHS: Esei sastera unsur agama: Ke mana arah kita?
1979 : Hadiah sastera (Penghargaan) JHS: Novel Tumpas.
1981 : Hadiah sastera JHS: Esei bahasa dan sastera: Ke mana yang kita tuju?
1983 : Hadiah sastera (Penghargaan) JHS: Esei Mengesan kegiatan aktiviti sastera Mutakhir.
2004 : Anugerah guru pakar MOE.



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms.140-141). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.



Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Mohamed Naim Daipi, 1950-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Malay literature--Singapore
Language and literature>>Literatures>>Austronesian and Oceanian literatures>>Malay literature



All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2008.