| >>NLB Resources | |
| Related Articles Related Images Related eBooks All Related Resources | |
Abdul Aziz bin Pakkeer Mohamed
By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-27
National Library Board Singapore
Abdul Aziz bin Pakkeer Mohamed atau nama penanya
Azizfakir; Rubiah Abu; dan Melati
Desa dilahirkan pada 21 Oktober 1940 di Lorong Engku Aman,
Singapura. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Geylang
(19461953) dan Maktab Perguruan Singapura (19591962). Mempunyai
kelulusan GCE peringkat A (1967) dan Bahasa Inggeris Menengah 4
melalui program LGPD (1966). Pernah bertugas sebagai guru
(1959-1997). Beliau bersara pada tahun 1998. Mula menulis pada
tahun 1960. Bidang penulisan beliau ialah sajak, cerpen, drama
dan esei kritikan. Selain menulis, beliau juga berkebolehan
dalam bidang lukisan.
Beliau pernah menjadi editor majalah Cahaya dari Menara
Masjid An-Nur (1994-1996); editor Singapore National
Printers (19992001); penerbit buku (Image Printers),
pelukis grafik dan iklan (2000-2001); Penyambut tamu di YMCA
(2001-2003); dan penulis majalah Riang Ria terbitan
EDN (20022003). Beliau juga merupakan Presiden Indra Kirana
Sembawang CC Management Committee (PA) (19841988) dan Pengerusi
Jawatankuasa Penerangan Masjid An-Nur (1986-1989). Sejak tahun
2004, beliau bertugas sebagai guru sambilan.
Abdul Aziz sangat prolifik menghasilkan karya-karya di akhbar
Berita Harian, Berita Minggu, majalah
Aneka, majalah Citra, majalah Dian,
Gelanggang Flem, Straits Times Billingual
Section, Dewan Sastera (DBP), dan Direktori
Perkahwinan. Beliau juga pernah mengadakan pameran lukisan
Contemporary, APAD (1973-1975) dan Pameran Trend 74
(1974).
Karya
Akhirnya sebuah pembalasan: Drama
pentas. [1986?].
Jamil dan Jamilah. (1986).
Senja di hujung perjalanan: Drama pentas.
[1987].
Penyesalan di pangkuan ayah Ujub. (1988).
Balada seorang seniman (Karya bersama). (1989).
Kelahiran: Puisi-puisi pilihan 1960-1980. (1984).
Singapura: Image Printers.
Senja di pantai. (1985). Singapura: Image
Printers.
Jamu. (1988). Singapura: First Printers.
Akar Hikmat. (1989). Singapura: First Printer.
Pencapaian/Anugerah
1977 : Anugerah Puisi Kementerian Kebudayaan:
Puisi Nuklear.
1981 : Anugerah (Penghargaan) Book Review
Marine Parade CC: Buku Ruyub Shaari Awang Besar.
1997 : Long Service Award MOE.
Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.).
(2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca
1965 (ms. 51-52). Singapura: Angkatan Sasterawan '50
& National Library Board.
The information in this article is valid as at 2005 and correct
as far as we can ascertain from our sources. It is not intended
to be an exhaustive or complete history of the subject. Please
contact the library for further reading materials on the
topic.
Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Abdul Aziz bin Pakkeer Mohamed, 1940-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature
All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.