| >>NLB Resources | |
| Related Articles Related Images Related eBooks All Related Resources | |
Abdul Kadir Pandi
By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-27
National Library Board Singapore
Abdul Kadir Pandi atau A. Kadir Pandi dilahirkan pada 29
April 1951 di No. 10 Norfolk Road, Singapura 8. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah Tanglin Tinggi, dan Sekolah
Menengah Sang Nila Utama sehingga Menengah 4. Beliau
melanjutkan pelajaran ke peringkat Pra-Universiti 2 di LGPD di
Sekolah Monks Hill. Pernah belajar di Peringkat Menengah 3 dan
4 dalam aliran Inggeris di LGPD. Beliau juga mengikuti kursus
lakonan di 4PM dan pernah mendapat gelaran Pelakon Pembantu
Terbaik mewakili 4PM dalam drama Oskar di Panggung
Victoria.
Abdul Kadir pernah menjadi pelatih drama di Perpustakaan Negara
selama 4 tahun. Kumpulan drama yang dilatih ini merupakan
kumpulan yang pertama kerap memperkenalkan drama-drama abstrak
dalam pertandingan drama Sriwana. Kumpulan
Perpustakaan Negara pernah meraih anugerah naib johan melalui
drama Mayat karya Hatta Azad Khan.
Karya pertamanya yang dicetak di akhbar ialah sajak
Bunga-bunga berguguran. Beliau juga menghasilkan
cerpen, artikel sastera dan kritikan drama yang disiarkan
melalui Berita Harian dan Berita Minggu.
Beliau juga menulis skrip pentas. Beliau amat aktif dalam
bidang drama serta pernah menjadi anggota Kumpulan Teater
Perantau dan aktif dalam persembahan sastera pada tahun-tahun
70-an dan 80-an. Abdul Kadir pernah menjadi penulis sambilan di
Berita Harian dan Berita Minggu yang
mengendalikan ruangan tertentu seperti Dekor, Seni
Foto, Sepetang di Geylang Serai, Rumah
Artis, Ruangan Gosip
dan lain-lain lagi.
Karya
Tiga warna bertemu: Antologi puisi penulis-penulis
Singapura. (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Potret diri seorang penyair: Antologi puisi. (2004).
Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura.
Pencapaian/Anugerah
1995 : Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Puisi
Waktu (Buat ibuku)
Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.).
(2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca
1965 (ms. 59-60). Singapura: Angkatan Sasterawan '50
& National Library Board.
The information in this article is valid as at 2005 and correct
as far as we can ascertain from our sources. It is not intended
to be an exhaustive or complete history of the subject. Please
contact the library for further reading materials on the
topic.
Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Abdul Kadir Pandi, 1951-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature
All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.