| >>NLB Resources | |
| Related Articles Related Images Related eBooks All Related Resources | |
Ahmad Awang
By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-27
National Library Board Singapore
Ahmad Awang atau nama penanya Hamdi Wangi
dilahirkan di Pulau Tekong Besar Singapura pada 1 Mei 1939.
Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kampung Selabin, Pulau
Tekong Besar (1951) dan Sekolah Rendah Inggeris Pulau Tekong
(1958). Pernah menghasilkan Drama TV dan Radio di Perbadanan
Penyiaran Singapura (SBC). Selain itu beliau juga pernah
menghasilkan drama pentas. Hingga kini lebih 50 buah cerpen
telah dihasilkan. Mula menulis pada tahun 1977. Cerpen
sulungnya berjudul 40 tahun tersiar di akhbar Berita Minggu
pada 22 Februari 1977. Kebanyakan cerpennya diterbitkan di
akhbar Berita Minggu, Radio 2 SBC, majalah
Aneka, majalah Pos Kota, majalah Varia
pop dan majalah Citra.
Beliau bertugas sebagai Photo Setter Operator di Singapore
National Printer. Beliau juga banyak menghasilkan sajak, drama
TV, sandiwara radio, drama pentas, esei, ulasan buku dan
beberapa buah rencana di dalam ruangan Dwi Bahasa
(Melayu) di akhbar Straits Times,
Singapura.
Ahmad pernah bergerak aktif dalam Angkatan Sasterawan 50 selaku
Setiausaha dan Bendahari. Beliau juga pernah aktif dalam
jawatankuasa masjid selaku Setiausaha Lembaga Pentadbir Masjid
Tengku Abu Bakar, Pulau Tekong Besar, Singapura; dan anggota
jawatankuasa Lembaga Pentadbir Masjid An-Naim. Beliau pernah
memegang jawatan Setiausaha Madrasah Tengku Abdul Jalil di
Pulau Tekong Besar, Singapura. Beliau pernah mengikuti
bengkel-bengkel penulisan cerpen, anjuran Angkatan Sasterawan
50; mengikuti bengkel penulisan skrip drama radio dan penulisan
skrip drama televisyen di SBC.
Karya
Terdampar. (1982). Singapura: Solo
Enterprises.
Temasik: Antologi cerpen penulis-penulis Singapura.
(1987). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamu. (1988). Singapura: First Printers.
Pertemuan kedua: Antologi cerpen penulis-penulis
Singapura. (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Detik-detik masa. (1999). Singapura: Angkatan
Sasterawan 50.
Mencari pelangi malam. (2002). Singapura: Pustaka
Nasional.
Terjebak. (2005). Singapura: Persama Enterprise.
Pencapaian/Anugerah
1985 : Hadiah penghargaan peraduan menulis Cerpen
Kebangsaan Kementerian Pembangunan Masyarakat: Cerpen Paip
bengkok.
1993 : Tempat ketiga Peraduan Menulis dan
Membaca Puisi Radio Warna 94.2: Sajak Hujan
batu.
2001 : Hadiah saguhati Sayembara novel
Watan I: Novel Mencari pelangi malam.
Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005).
Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca
1965 (ms. 67-68). Singapura: Angkatan Sasterawan '50
& National Library Board.
The information in this article is valid as at 2005 and correct
as far as we can ascertain from our sources. It is not intended
to be an exhaustive or complete history of the subject. Please
contact the library for further reading materials on the
topic.
Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Ahmad Awang
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>Austronesian and Oceanian literatures>>Malay literature
All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.