Muhammad Salihin

By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-19
National Library Board Singapore

Muhammad Salihin bin Sulaiman atau nama penanya Al-Lihin dan Lihin, dilahirkan pada 8 Mac 1966 di Singapura. Beliau mempunyai kelulusan Diploma in Media Communication dan Diploma in Writing. Beliau merupakan penulis sepenuh masa selain menjadi pemudah cara dalam pengajaran penulisan kreatif. Mula menulis pada tahun 1985. Karya pertamanya diterbitkan di majalah Pos Kota. Karya-karyanya juga banyak diterbitkan di Dewan Sastera; Dewan Siswa; Berita Harian dan Berita Minggu. Bidang beliau ialah penulisan cerpen disamping puisi, esei, rencana dan juga lukisan.

Beliau pernah mengadakan beberapa pameran lukisan secara berkumpulan bersama APAD di Singapura dan Malaysia. Antaranya ialah Rasajagat di Galeri Shah Alam (1993) dan Melaka History di Museum Seni Melaka (1994). Beliau pernah menjadi penulis khas dalam bidang seni untuk akhbar Berita Harian/Berita Minggu.

Karya
Dari dua benua. (1999). Singapura: Angkatan Sasterawan 50.
Penghuni senja. (2002). Singapura: Pustaka Nasional.

Pencapaian/Anugerah
1995
: Hadiah Saguhati NAC SPH Golden Point Award: Cerpen Yang mana lama, yang mana baru.



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 152). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.



Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Muhammad Salihin Sulaiman, 1966-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature



All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.