| >>NLB Resources | |
| Related Articles Related Images Related eBooks All Related Resources | |
Norulashikin Jamain
By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-19
National Library Board Singapore
Norulashikin Jamain dilahirkan pada 21 Ogos 1955 di
Singapura. Menerima pendidikan di Sekolah Rendah Kampung
Melayu; Sekolah Menengah Kaki Bukit; Maktab Rendah Kebangsaan;
Universiti Singapura (1974-1977) dalam bidang Pengajian Melayu
dan Sosiologi. Beliau juga memperoleh Diploma Pos-Siswazah
dalam bidang Sains Perpustakaan dan Maklumat (1984). Beliau
merupakan Pustakawan di Lembaga Perpustakaan Negara,
Singapura.
Pernah bergiat di Sudut Penulis Perpustakaan Negara Cawangan
Toa Payoh pada akhir tahun 70-an. Pernah menyertai beberapa
bengkel penulisan dan penerbitan di Singapura.
Norulashikin menulis puisi, cerpen dan esei. Mula menulis sejak
di sekolah menengah untuk majalah Harapan dan majalah
tahunan sekolah dalam bidang puisi. Karya pertama tersiar di
Berita Minggu pada tahun 1978 ialah puisi Hidup
adalah satu pemilihan.
Beliau adalah anggota Majlis Bahasa Melayu Singapura sejak
2002; dan pembimbing para cerpenis remaja Singapura di Bogar,
Indonesia bagi program penulisan Mastera (Bidang Cerpen) pada
tahun 2003.
Karya
Tiga warna bertemu: Antologi puisi
penulis-penulis Singapura. (1987). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Terminal terakhir. (1992). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Rhythms: A Singapore millennial anthology of poetry.
(2000). Singapore: National Arts Council.
Anugerah persuratan 2003. (2003). Singapura: Majlis
Bahasa Melayu Singapura.
Perjalanan waktu. (2005). Singapura: Anuar Othman
& Associates.
Pencapaian/Anugerah
1999 : Hadiah sastera (Penghargaan) MBMS:
Cerpen Kepulangan.
2001 : Hadiah sastera (Penghargaan) MBMS:
Sajak Pelarian.
2003 : Sastera (Penghargaan) MBMS: Sajak
Kejujuran.
Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005).
Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca
1965 (ms. 153-54). Singapura: Angkatan Sasterawan '50
& National Library Board.
The information in this article is valid as at 2005 and correct
as far as we can ascertain from our sources. It is not intended
to be an exhaustive or complete history of the subject. Please
contact the library for further reading materials on the
topic.
Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Norulashikin Jamain, 1955-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>Austronesian and Oceanian literatures>>Malay literature
>> Dalam pencarian
>> Si Hitam
All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.