| >>NLB Resources | |
| Related Articles Related Images Related eBooks All Related Resources | |
Sarifah Yatiman
By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-19
National Library Board Singapore
Sarifah Yatiman dilahirkan pada 4 November 1959 di
Singapura. Mendapat kelulusan GCE peringkat A pada tahun 1977
di Sekolah Menengah Sang Nila Utama. Mula menulis pada tahun
1977. Cerpen pertama beliau berjudul Warkah untuk Ibu
yang tersiar di majalah Harapan. Sajak pertama
berjudul Tiba-tiba pula telah disiarkan di majalah
Suara 4PM keluaran I (1978, Jan-Apr).
Sajak-sajaknya pernah disiarkan di majalah Dewan
Sastera, Dewan Masyarakat dan Widya di
Malaysia dan media tempatan seperti Berita Minggu,
Bicara Puisi (RTS), majalah Sasterawan dan
Aneka.
Kegiatan awal beliau dalam bidang penulisan dilakukan bersama
kumpulan Sudut Penulis Perpustakaan cawangan Toa Payoh. Beliau
merupakan anggota jawatakuasa Asas 50 (2005). Kini beliau
merupakan seorang guru sambilan di sebuah sekolah rendah.
Karya
Gema pustaka. (1979). Singapura:
Perpustakaan Negara Cawangan Toa Payoh.
Puisi Temasik 12-13 Disember 1981. (1981).
[Singapura]: Angkatan Sasterawan '50
Tiga warna bertemu: Antologi puisi penulis-penulis
Singapura. (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Journeys: Words, home and nation: Anthology of Singapore
poetry (1984-1995). (1995). Singapore: The Centre for the
Arts, National University of Singapore.
Rhythms: A Singaporean millennial anthology of poetry
[Irama: Antologi puisi alaf Singapura]. (2000). Singapore:
National Arts Council.
Bicara rasa. (2004). Singapura: Anuar Othman
Associates.
Pencapaian/Anugerah
1983 : Hadiah sastera (Penghargaan) JHS Singapura:
Sajak Arca diri.
1985 : Hadiah sastera (Penghargaan) JHS
Singapura: Sajak Peralihan musim.
2003 : Tempat ketiga Sayembara Golden Point
Award NAC.
Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.).
(2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca
1965 (ms. 174-175). Singapura: Angkatan Sasterawan '50
& National Library Board.
The information in this article is valid as at 2005 and correct
as far as we can ascertain from our sources. It is not intended
to be an exhaustive or complete history of the subject. Please
contact the library for further reading materials on the
topic.
Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Sarifah Yatiman, 1959-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature
All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.