| >>NLB Resources | |
| Related Articles Related Images Related eBooks All Related Resources | |
Shaffiq Selamat
By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-19
National Library Board Singapore
Shaffiq bin Selamat atau Shasel lahir di Singapura
pada 29 Mei 1969 di Perkampungan Melayu Kaki Bukit. Mendapat
pendidikan di Sekolah Rendah Kaki Bukit; Sekolah Menengah
Temasek (1981-1985); Politeknik Singapura bagi kursus
Electronics and Communications (1986); dan Pusat Pra-Universiti
Woodsville (1987). Beliau mempunyai kelulusan ijazah Sarjana
Muda Bahasa dan Sastera Inggeris (BAEL) (2002) daripada United
Kingdom Open University. Shaffiq bekerja sebagai
penterjemah di sebuah kementerian sejak 1993. Karya pertama
beliau ialah sebuah cerpen yang terbit dalam ruangan
Coretan Remaja Berita Harian (16 Disember 1992)
bertajuk Lamunan penulis muda. Sementara sajak pertama
beliau bertajuk Jika kau benar wira tersiar dalam
Berita Harian (5 May 1993).
Beliau merupakan anggota aktif Kelab Coretan Remaja Berita
Harian (KCR) yang ditubuhkan pada tahun 1994. Pernah menjadi
ketua unit cerpen. Antara sumbangannya ialah mempelopori dan
mengetuai Sesi Kritik bulanan KCR di bilik mesyuarat bangunan
lama Times House di Kim Seng Road. Shaffiq juga pernah
mengikuti bengkel penulisan cerpen dan sajak anjuran KAMUS
(1995); bengkel penulisan senikata lagu anjuran Perkamus
(1995); dan mengikuti Hari Puisi Nasional yang diadakan di
Johor Bahru. Beliau juga aktif menyumbang sajak dan cerpen
dalam bahasa Inggeris ke lelaman Internet Belfast Islamic
Centre yang berpangkalan di United Kingdom.
Karya
Manik-manik hijau: Antologi puisi.
(1995). Singapura: Kelab Coretan Remaja.
Meredah badai. himpunan cerpen 1994-2004. (2005).
Singapura: Anwar Othman & Associates.
Pencapaian/Anugerah
1993 : Hadiah penghargaan peraduan sajak Bulan
Bahasa: Sajak Jika kau benar wira.
Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.).
(2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca
1965 (ms. 153-54). Singapura: Angkatan Sasterawan '50
& National Library Board.
The information in this article is valid as at 2005 and correct
as far as we can ascertain from our sources. It is not intended
to be an exhaustive or complete history of the subject. Please
contact the library for further reading materials on the
topic.
Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Shaffiq Selamat, 1969-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature
All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.