| >>NLB Resources | |
| Related Articles Related Images Related eBooks All Related Resources | |
Chairul Fahmy Hussaini
By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-27
National Library Board Singapore
Chairul Fahmy Hussaini atau nama penanya Alang
Budiman dilahirkan pada 6 September 1973. Beliau mempunyai
ijazah dalam bidang Perhubungan Massa. Mula menceburkan diri
dalam bidang penulisan sastera kreatif sejak awal 90-an. Beliau
merupakan wartawan di Berita Harian sejak tahun 2000. Sebelum
ini bertugas sebagai penerbit dan penyiar radio untuk stesen
MediaCorp Radio - Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM.
Pada tahun 1996, beliau menceburi bidang seni pentas dengan
menerokai dunia teater Melayu. Beliau telah menghasilkan
beberapa skrip teater dan menubuhkan kumpulannya sendiri,
Teater Isadra - Semua Yang Terlibat, yang bergiat aktif sekitar
lima tahun mulai 1994. Beliau pernah menganggotai KAMUS dan
Perkumpulan Seni. Kumpulan ini menumpukan pendekatan terhadap
pertandingan teater dan berjaya meraih beberapa anugerah utama
menerusi penyertaannya dalam pertandingan-pertandingan teater
anjuran pertubuhan kesenian Melayu setempat selain pernah
terlibat dalam menghasilkan beberapa skrip rancangan
televisyen. Pada tahun 2003, beliau telah dipilih sebagai salah
seorang daripada 14 penulis tempatan bagi menjayakan Singapore
Writers Festival anjuran NAC.
Karya
Manik-manik hijau: Antologi puisi.
(1995). Singapura: Kelab Coretan Remaja.
Prisma seni. (1995). Singapura: Perkumpulan
Seni.
Krisis: Kumpulan cerpen Li Jian. (2002). Singapura:
Singapore Literature Society: Toko Buku Haji Hashim.
Anak bumi: Antologi cerpen. (2003). Singapura: Majlis
Bahasa Melayu Singapura.
Pencapaian/Anugerah
1993 : Deklamator terbaik KAMUS.
1994 : Pemuisi terbaik Festival Teater Remaja
Kemuning.
2001 : Hadiah sastera (Penghargaan) MBMS:
Cerpen Di sini bukan satu nokhtah; karyanya
Catatan si Anu dialih bahasa ke bahasa Mandarin oleh
Chan Maw Woh.
Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.).
(2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca
1965 (ms. 84-85). Singapura: Angkatan Sasterawan '50
& National Library Board.
The information in this article is valid as at 2005 and correct
as far as we can ascertain from our sources. It is not intended
to be an exhaustive or complete history of the subject. Please
contact the library for further reading materials on the
topic.
Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Chairul Fahmy Hussaini, 1973-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature
All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.