| >>NLB Resources | |
| Related Articles Related Images Related eBooks All Related Resources | |
Eunos bin Asah
By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-27
National Library Board Singapore
Eunos bin Asah atau nama penanya Eunosasah
dilahirkan pada 4 Disember 1946 di No. 7 Java Road, Singapura.
Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sepoy Lines hingga tamat
darjah 7. Kemudian menamatkan pelajaran di sekolah Menengah
Sang Nila Utama. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Tun Seri
Lanang. Mula menulis pada awal tahun 60-an. Beliau menulis
dalam pelbagai genre termasuk sajak, cerpen, skrip drama dan
lirik lagu. Sajak pertama beliau Pengemis diterbitkan
di majalah Pandu (1963) manakala cerpen pertama beliau
Dia diterbitkan di akhbar Berita Harian
(1974). Eunos merupakan antara perintis sajak Algebra
di Singapura.
Eunos pernah menjadi pemaju artis dan koordinator syarikat
rakaman Joes Entertainment (Singapura); penerbit eksekutif Mega
Record (Singapura); penulis lirik; wartawan hiburan (sambilan)
URTV dan Berita Harian Singapura; dan eksekutif pemasaran
Utusan Melayu Singapura Pte Ltd. Kini beliau merupakan editor
eksekutif bagi syarikat beliau sendiri iaitu Endoria.
Dalam dunia persuratan, Eunos banyak menulis sajak, cerpen,
skrip drama radio rencana sastera; berlakon dalam drama pentas,
televisyen dan radio; anggota Perkumpulan Seni Singapura (PS),
anggota Grup Gelorasa; deklamator sajak di banyak pertemuan;
wartawan mingguan Aneka, mingguan Arena; dan
editor majalah Melati, Serbaneka dan majalah
Al Islam (Singapura). Beliau merupakan pengasas
kumpulan Teater Perantau daripada Grup Gelorasa. Kumpulan ini
giat mengadakan kegiatan drama dan puisi di kelabkelab
masyarakat dan perpustakaan. Kumpulan ini menghasilkan
puisirama dan rancangan Kembara Rasa di Radio Televisyen
Singapura.
Dalam dunia hiburan, Eunos sangat terkenal dan mapan dalam
penghasilan lirik lagu bagi para artis terkenal seperti M.
Nasir, Sharifah Aini, Endang S Taurina, Ramli Sarip, Zaleha
Hamid, Jatt, Hatan dan kumpulan Al Jawahir. Hingga kini, beliau
telah menghasilkan lebih daripada 200 lirik lagu.
Karya
Tiga warna bertemu: Antologi puisi
penulis-penulis Singapura. (1987). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Anugerah/Pencapaian
Lirik Kepadamu kekasih yang pernah
dinyanyikan M. Nasir dan Hattan merupakan pencapaian terunggul
Eunos dalam dunia penulisan lirik lagu.
1997 : Hadiah sastera (penghargaan) MBMS:
Lirik Salam ku kirimkan di pagi Raya.
Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005).
Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca
1965 (ms. 88-89). Singapura: Angkatan Sasterawan '50
& National Library Board.
The information in this article is valid as at 2005 and correct
as far as we can ascertain from our sources. It is not intended
to be an exhaustive or complete history of the subject. Please
contact the library for further reading materials on the
topic.
Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Eunos bin Asah, 1946-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature
All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.