Hamed Ismail

By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-27
National Library Board Singapore

Hamed Ismail atau Amar Hais dilahirkan pada 18 Mei 1948. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Melayu Siglap; Sekolah Menengah Tun Seri Lanang dan Sekolah Menengah Sang Nila Utama. Memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran pada tahun 1967. Pernah bertugas sebagai penolong penyelidik Radio dan Televisyen Singapura; pembaca di Kementerian Kebudayaan dan penulis skrip di Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC); Penulis Skrip Eksekutif Mediacorp TV12. Beliau mula menulis pada awal tahun 70-an.

Karya

Tiga warna bertemu: Antologi puisi penulis-penulis Singapura. (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prisma pentas: Antologi skrip drama teater. (2004). Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura.

Pencapaian/Anugerah

1963 : Hadiah pertama peraduan menulis esei sempena Bulan Bahasa Kebangsaan balai rakyat Siglap.
1972 : Hadiah pertama (bahagian terbuka) Peraduan menulis esei 4PM: Esei Rumah pangsa dan orang-orang melayu Singapura.
1973 : Hadiah saguhati menulis cerpen (sempena perkampungan sastera di Tanah Merah Camp bagi cerpen) Asas 50: Cerpen Meniti matahari pagi.
1976 : Hadiah pertama peraduan menulis puisi PWMS: Puisi Merah di atas perca putih.
1977 : Hadiah ketiga peraduan menulis cerpen PWMS: Cerpen Mak Ngah Yah tidak mahu dimadukan.
1986 : Hadiah pertama peraduan menulis cerpen Kementerian Pembangunan Masyarakat dan akhbar-akhbar setempat: Cerpen Rahsia maut.
1993 : Hadiah sastera MBMS: Skrip drama pentas Anjing untuk diplomat.
1995 : Hadiah sastera MBMS: Skrip drama pentas Singkap.
1999 : Hadiah sastera MBMS: Skrip drama TV Antara pasrah dan fitrah.
2001 : Lagu terbaik drama TV Pesta Perdana: Lagu jejak hati.
2001-2002 : Hadiah siri drama terbaik Pesta Perdana: Skrip Anak metropolitan, perca kehidupan dan jeritan sepi.



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 96-97). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.



Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Hamed Ismail, 1948-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature



All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.