Haron Abdul Majid

By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-27
National Library Board Singapore

Haron Abdul Majid atau nama penanya Noor Yusman Abdul Majid dilahirkan pada 29 Ogos 1950 di Hillside Drive, Singapura. Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Serangoon dan diikuti oleh Sekolah Menengah Sang Nila Utama. Mula menulis pada tahun 1965 dalam genre puisi, cerpen, drama dan esei. Beliau gemar menulis sajak-sajak simbolis. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas kumpulan penyair Grup Gelorasa.

Kini Haron lebih terkenal dengan penulisan lirik lagu. Beliau telah menghasilkan banyak lirik lagu yang popular yang didendangkan oleh penyanyi-penyanyi terkenal termasuk Sudirman Hj Arshad, kumpulan Black Dog Bone dan Sharifah Aini.

Karya
Puncak sembilan. (1975). Singapura: Pustaka Nasional.
Tiga warna bertemu: Antologi puisi penulis-penulis Singapura. (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ombak jadi saksi. (2007). Petaling Jaya: Buku Prima.

Pencapaian/Anugerah
1974
: Hadiah penghargaan penilaian hadiah sastera: Puisi Perawan dan seekor burung dara bersama senja.
1999 : Hadiah sastera (Penghargaan) MBMS: Lirik lagu: Hadiah perkahwinan.
2004 : 9th Compass award presentation: Artistic Excellence Award.
2005 : Anugerah lagu tempatan terbaik Compass; Dari jauh ku pohon maaf



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 98). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.



Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Haron Abdul Majid, 1950-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature



All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.