Sulaiman bin Jasman

By LKCRL Reference Librarian written on 2007-11-27
National Library Board Singapore

Sulaiman bin Jasman atau Sulaiman Jeem, dilahirkan pada 17 Disember 1933 di Singapura. Mendapat pendidikan sehingga menengah V di Madrasah Aljunied. Pernah bertugas sebagai wartawan di penerbitan Qalam Singapura (1951-1954); Penerbitan Geliga Singapura (1955-1959); dan akhbar Berita Harian Singapura (1960-1982). Sejak 1983, beliau bertugas sebagai pegawai perhubungan Jamiyah. Mula menulis pada tahun 1951 dan rencana pertamanya diterbitkan di majalah Qalam Singapura. Penulisannya memaparkan aspek-aspek agama, sosial dan budaya-bangsa.

Sulaiman aktif selaku Presiden Sriwana selama 12 tahun; Setiausaha Agung Lembaga Tetap Kongres selama 3 tahun; dan Presiden serta Setiausaha Persatuan Wartawan Melayu Singapura selama 20 tahun.

Karya
Mengenang Pak Zubir. (1988). Singapura: Pustaka Melayu.
Yaacob Mohamed (dalam API, PKMM, UMNO dan PAP). (1990). Singapura: Penerbit Wisma.
Aktivis Melayu/Islam di Singapura. (1997). Singapura: Persatuan Wartawan Melayu Singapura.
Dari dua benua. (1999). Singapura: Angkatan Sasterawan 50.
Jejak-jejak suci (himpunan sejumlah tulisan sejarah Islam dan berbagai makalah dalam "Syiar Islam" akhbar Berita Harian setiap Jumaat lebih sedekad lalu). (2004). Singapura: Lembaga Pentadbir Masjid Al Istiqamah.



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 181). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.



Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Arts>>Literature>>Malay Literature
Sulaiman bin Jasman, 1933-
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>East and Southeast Asian literature>>Singapore literature



All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.